Thursday, October 19, 2006

Baju Raya

ADA baju kurung. Ada jubah seluar. Ada baju melayu. Kain pelikat. Baju pagoda. T-shirt. Jeans. Tudung. Tudung Italy. Tudung Mawi (sejak bila pulak Mawi pakai tudung..). Tudung bawal. Tudung berlian. Huh.. macam-macam lagi.

Tahun lepas, aku bagaikan tak cukup tangan hendak membeli baju raya. Bukan nak berlagak tapi itulah tahunnya aku membeli begitu banyak baju raya. Enam pasang kesemuanya. Ada baju yang aku berkenan tetapi saiznya kecil sedikit. Lantas, aku meninggalkan jurujual dengan ayat biasa, "Tak apalah.. nak tengok-tengok dulu.."
Selang beberapa saat kemudian, aku kembali ke booth berkenaan untuk mendapatkan baju tersebut. Semuanya kerana aku rasa kesian dengan muka jurujual yang kecewa bila aku berlalu. Ah, sehingga ke hari ini.. baju itu masih lagi tergantung di dalam almari. Barangkali, itu tandanya aku perlu menguruskan badan supaya baju itu kembali tersarung di tubuh ataupun jawapannya, baju itu bakal diserahkan kepada adik perempuanku yang tentunya teruja menerimanya.

Itu tahun lepas. Tahun ni lain pula ceritanya. Aku ke tempat biasa. Memerhati sekeliling. Keinginan untuk membeli baju itu dan ini seakan sudah lenyap. Barangkali kerana aku terfikirkan berapa kerap sangat aku memakai baju kurung dalam setahun. Membazir. Lalu, baju praktikal juga yang ku beli. Dan cukuplah satu. Suami? Sehingga ke hari ini aku masih memaksanya membeli sehelai t-shirt untuk hari raya.

Kenapa, ya? Keterujaan untuk membeli baju raya seakan terkikis sedikit. Agaknya kerana bosan melihat baju-baju yang bergantungan di rumah emak. Iya, emakku seorang tukang jahit yang begitu popular di kampung.

Teringat kata ayah, "Masa kecik dulu ayah beraya pakai baju sekolah. Semua orang ketawakan ayah sebab pakai baju sekolah.."

6 comments:

13may said...

saya pun tak pi cari baju raya lagi...hari tu pi jenguk2...tapi tadak yg berkenan di hati lagi...hmmm..kena tunggu org beli kasi saya la senang:)

tumismenumis said...

mungkin sebab ada priority yang lain yang dirasakan lebih berguna dari beli baju raya untuk diri sendiri.

Beli baju anak pat lima pasang contohnya.

Sunan_Jati said...

Slamt ari raya....

Abang Long said...

dah 3 tahun tak beli baju raya, cumi beli kain pelikat je, rasanya kebahagiaan keluarga lebih penting, yang penting bagi orang - orang yang sewaktu dengan abang long adalah berjumpa, bertanya khabar dan kunjung - mengunjungi ....

Anonymous said...

Nieys... jgn tk beli baju raya..mesti beli..disunatkan pakai baju baru jika mampu berwangi wangian di pagi raya.. anyway Salam aidilfitri buat awak sekeluarga, semoga syawal ini memberi erti buat awak.. maaf zahir dan batin diatas segala ketelanjuran perbuatan dan kata..

Ps: duit raya ada tak??

~~Aku Bukan Bidadari~~

Nieys Zahri said...

13may >> pemberian orang lebih bermakna barangkali.. :)

mazudi >> yer.. itu antara faktor. Sebab tu orang selalu kata, raya untuk budak-budak..

aamy >> ya.. cukuplah syarat tahun ni.. :)

sunan jati >> selamat hari raya juga untuk awak.. nanti kita beraya di rumah 13may ya.. hehe.. :D

abang long >> itulah makna raya sebenar..

Tiara >> selamat juga untuk awak.. kalau nak duit raya, datanglah rumah.. muahahahhaha... :D