Wednesday, October 18, 2006

Raya Pertama...

Raya pertama.. Hati teruja memberikan duit raya untuk sepupu-sepupu kecilku. Alangkah sebalnya hati bila terdengar mereka berkata.."Ceh, dua riyal jah..?"


Raya pertama.. Memandu kereta biru dengan adik lelakiku. Sanggup tidur di tepi Sungai Pahang sementara menunggu malam berlabuh. Hanya kerana tidak mahu menyemakkan fikiran dengan kebingitan suara saudara-saudara kecilku.

Raya pertama.. Kebaya pertama ku beli dengan duitku sendiri. Merah menyala si kain sari. Aku membelinya di Kota Tinggi. Kini jadi hak mutlak adik perempuanku. Masih lagi di dobi.

Raya pertama.. Rona coklat muda jadi pilihan. Bergandingan dengan pasangan hidupku menuju rumah saudara-mara.

Raya pertama.. Bekalan air paip terputus lagi. Sepanjang hari menghabiskan masa berkunjung ke rumah saudara mara dan taulan.

Raya pertama.. Entahlah.. Hurmm...

Raya pertama.. Tahun ini di rumah mertua buat kali kedua.. Adik ipar bekerja. Ayah mertua entahkan bekerja juga. Abang ipar kedua tentunya tidak pulang. Lantas.. apa yang tinggal..?

Tinggal tengok sajalah..

6 comments:

Abang Long said...

nieys, terlalu banyak memori untuk "hari raya pertama" .... ya ... dah 39 kali menyambut raya gituuuuu ....

13may said...

Raya pertama...tahun bila tak ingat: DEMAM...sedih gila...

Abang Long said...

nieys, terlalu banyak memori raya pertama, dah 39 kali dah ....

Nieys Zahri said...

abang long >> 39 kali le menyambutnya yer.. tapi berapa tahun je yang terlintas di fikiran.. :)

13may >> Demam masa raya? sadis sungguh.. mesti ramai yang datang melawat..

tumismenumis said...

raya pertama tahun ni untuk kali ke-5 nya tidak bersama mak, ayah dan adik adik di kampung, dan untuk kali ke 4 bersama keluarga mertua.

err.. untuk kali ke 4 jugak bayar zakat untuk anak anak.

Nieys Zahri said...

ohh.. cherry orang sana rupanya..